Generasi Keempat (1980-1984) Toyota Corolla

Toyota Corolla E70 (Generasi keempat)
Maklumat
PengilangToyota
PengeluaranAgustus 1979[1]–Juni 1984
PemasanganToyota City, Jepang
Port Melbourne, Victoria, Australia, Thames, Selandia Baru,
Samut Prakan, Thailand
Stail badan2-door Sedan
4-door sedan
2-door hardtop coupé
3-door liftback
3-door station wagon
5-door station wagon
5-door van
Reka letakFR layout
Enjin1.3 L I4 4K
1.5 L I4 5K
1.5 L I4 3A
1.6 L I4 2T
1.6 L I4 12T
1.6 L I4 4A
1.8 L I4 3T
1.8 L I4 13T
1.8 L I4 1C diesel
Jarak roda94.5 in (2400 mm)
BerkaitDaihatsu Charmant

Ini merupakan Corolla terakhir untuk semua model yang berpenggerak roda belakang. Di Jepun banyak sekali varian dan bentuknya. Ada Sedan 2 dan 4 pintu, Hardtop, Coupe, Liftback, Station Wagon, dan Van. Mesin yang tersedia adalah 1300 cc 4K, 1500 cc 5K, 1600 cc 2T dan 2T-G (DOHC). Model di Amerika dilengkapi enjin 2T-C (1600 cc) dan 3T-C (1800 cc) dengan bentik body Sedan 2 pintu, 4 pintu, Coupe, Hardtop, Liftback, dan Wagon. Syarikat karoseri di California ada yang membuat Corolla Convertible dengan bumbung kanvas yang boleh dibuka berasaskan Corolla Hardtop.

Di Indonesia hanya didapati dalam variant DX 4 pintu dilengkapi enjin 1300 cc 4K. Platform generasi ini juga dipakai untuk Daihatsu Charmant. Corolla DX di Indonesia 1980 mempunyai 4 lampu depan yg berbentuk bulat, bumper masih menggunakan besi dengan getah di kedua-dua hujungnya, pada tahun 1981 mengalami perubahan pada lampu depan jadi bentuk petak. Model tahun 1982 mempunyai perbezaan pada lampu sen depan yg melebar ke samping dan lampu belakang baru, sedangkan tahun 1983 Corolla DX hadir dengan tachometer dan bumper urethane yang panjang